Malaysia Food Heritage Festival x Temasya Malaysia 2026

5 - 9 November 2026 · 9.00 pagi - 11.00 malam

Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Malaysia Food Heritage Festival x Temasya Malaysia 2026
FestivalPameran

Malaysia Food Heritage Festival x Temasya Malaysia 2026

Tarikh
5 - 9 November 2026 · 9.00 pagi - 11.00 malam
Lokasi
Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Aktiviti
Festival, Pameran, Business Matching, Program Usahawan & Banyak Lagi

Rasa. Warisan. Budaya. Malaysia.

Malaysia Food Heritage Festival × Temasya Malaysia 2026 merupakan sebuah festival yang menghimpunkan makanan, warisan, budaya, keusahawanan dan pengalaman Malaysia dalam satu platform.

Dianjurkan di bawah Malaysia Food Heritage Initiative (MFHI), festival ini diwujudkan sebagai ruang untuk masyarakat menikmati kepelbagaian makanan Malaysia, mengenali cerita dan warisan di sebaliknya serta pada masa yang sama memberi peluang kepada usahawan dan jenama tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada pasaran yang lebih luas.

Mengenai Festival

Sebuah Perayaan Makanan, Warisan dan Keusahawanan Malaysia

Malaysia mempunyai kekayaan makanan yang lahir daripada kepelbagaian negeri, komuniti, budaya dan tradisi yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Malaysia Food Heritage Festival × Temasya Malaysia membawa kekayaan ini ke dalam sebuah festival yang lebih dekat dengan masyarakat.

Daripada makanan tradisional dan makanan warisan kepada produk tempatan, jenama makanan moden dan inovasi usahawan Malaysia, festival ini menjadi tempat untuk pengunjung merasai, meneroka dan mengenali Malaysia melalui makanan.

Pada masa yang sama, festival ini menyediakan platform komersial kepada usahawan untuk mempromosikan produk, menguji pasaran, membina jenama, mendapatkan pelanggan baharu serta membina hubungan dengan pemain industri dan rakan strategik.

Apa Yang Menanti Anda?

  • Festival Makanan

    Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada usahawan, pengusaha makanan serta jenama tempatan dalam satu destinasi.

  • Makanan & Warisan

    Kenali makanan yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia serta cerita, tradisi dan budaya yang membentuk warisan kulinari negara.

  • Bazar Usahawan

    Temui pelbagai produk makanan, minuman, produk tempatan dan jenama Malaysia daripada usahawan seluruh negara.

  • Pameran

    Kenali produk, perkhidmatan, organisasi, agensi dan pemain industri yang menjadi sebahagian daripada ekosistem makanan dan keusahawanan Malaysia.

  • Business Matching

    Platform pertemuan perniagaan yang menghubungkan usahawan dengan pembeli, distributor, rakan strategik dan peluang pasaran.

  • Program Keusahawanan

    Sesi perkongsian, forum dan aktiviti pembangunan yang memberi pendedahan kepada usahawan mengenai perniagaan, pasaran dan perkembangan industri.

  • Persembahan & Aktiviti

    Pelbagai persembahan, aktiviti pentas dan pengisian sepanjang festival untuk pengunjung dan seisi keluarga.

Lebih Daripada Sebuah Festival

Malaysia Food Heritage Festival × Temasya Malaysia bukan sekadar tempat untuk menikmati makanan.

Ia merupakan sebuah platform yang menghubungkan:

  1. Warisan

    Mengekalkan dan memperkenalkan identiti makanan Malaysia.

  2. Usahawan

    Memberikan ruang kepada usahawan dan jenama tempatan untuk berkembang.

  3. Pasaran

    Mewujudkan peluang jualan, promosi, networking dan business matching.

  4. Pelancongan

    Menjadikan makanan sebagai salah satu pengalaman untuk mengenali Malaysia.

  5. Masyarakat

    Membawa warisan, budaya dan produk Malaysia lebih dekat kepada rakyat dan pengunjung antarabangsa.

Untuk Usahawan & Vendor

Bawa Produk Anda Ke Pasaran

Malaysia Food Heritage Festival × Temasya Malaysia membuka peluang penyertaan kepada usahawan makanan dan minuman, pengusaha makanan warisan, pengeluar produk, jenama tempatan serta perniagaan berkaitan.

Penyertaan sebagai vendor bukan sahaja memberikan peluang jualan sepanjang festival, malah membuka ruang untuk:

  • Memperkenalkan produk kepada pengunjung
  • Meningkatkan visibility dan awareness jenama
  • Mendapatkan pelanggan baharu
  • Menguji penerimaan pasaran
  • Membina networking dengan usahawan dan pemain industri
  • Menyertai peluang business matching
  • Mendapatkan akses kepada program dan peluang lain dalam ekosistem MFHI

Untuk Rakan Strategik & Agensi

Bersama Membangunkan Ekosistem Makanan Malaysia

MFHI mengalu-alukan penglibatan kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri, institusi, persatuan industri, syarikat korporat, pemain pelancongan serta organisasi berkaitan untuk bersama-sama menjayakan festival ini.

Kerjasama boleh merangkumi penyertaan pameran, pembangunan usahawan, pengisian program, business matching, promosi pelancongan, aktiviti kebudayaan serta kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada ekosistem makanan Malaysia.

Jom Temui Malaysia Melalui Makanan

Lima hari menghimpunkan rasa, warisan, budaya, usahawan dan pengalaman Malaysia di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati makanan, meneroka produk tempatan, mengenali usahawan Malaysia dan meraikan kepelbagaian warisan makanan negara.

5 - 9 November 2026 · 9.00 pagi - 11.00 malamMalaysia Tourism Centre (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur